Thursday, 5 March 2009

Interfaith Dialogue IIUM 09


Kelewatan MengUpdate..

Alhamdulillah setelah  2 bulan, saya berkesempatan  semula untuk menulis diblog yang masih MENTAH ini. Sepanjang tempoh blog ini tidak di ‘update’, saya telah mengambil masa untuk membaca dan berfikir beberapa perkara yang amat penting, yang mana masalah itu perlu diberikan keputusan secepat mungkin dan ia amat memerlukan idea diluar kotak untuk diselesaikan.Didalam tempoh itu,pola atau cara fikir saya benar-benar  tercabar dan teruji.Kini saya sedar untuk membina cara fikir yang hebat,ia perlu diasak,ditekan dan dilatih dengan ujian-ujian yang hebat,jadi saya sedar yang saya perlukan lebih banyak lagi asakan dan ujian untuk mencapai tahap itu.

 

Inter faith Dialogue

Untuk ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Interfaith Dialogue antara empat agama utama di Malaysia iaitu Islam,Kristian,Hindu,dan Buddha. Dialog ini di langsungkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Kuantan.

Dialog ini diadakan dalam bentuk pembentangan dah soal jawab,keempat-empat agama diwakili tokoh hebat masing-masing,Bagi agama Islam,Diwakili oleh Mr Shah Kirit Kalkulal Govindji,Tokoh Perbandingan Agama di Malaysia,yang mana beliau merupakan anak murid kepada Tokoh Perbandingan Agama bertaraf dunia,Dr.Zakir Naik.Agama Kristian pila diwakili oleh Paderi Eugine Banedict,Mr Rajagopal mewakili agama Hindu manakala Mr Michael Kok mewakili agama Buddha.

Dialog yang bermula jam Sembilan ini dirasmikan oleh Dato’ Hamidon Abdul Hamid(Deputy Rector Student Affairs Alumnai,UIA) dan disusuli persembahan multimedia yang disediakan khas sempena program ini.Seterusnya para hadirin diperkenalkan pula dengan keempat-empat tokoh tersebut berserta latar belakang mereka. Sebelum dimulakan pembentangan oleh setiap wakil,undian dijalankan antara keempat-empat mereka,Mr Rajagopal terpilih sebagai pembentang pertama,seterusnya Paderi Eugine Benedict,Mr Michael kok dan diakhiri dengan Mr Shah Kirit. Setiap pembentang diberi masa 20 minit untuk melengkapkan misi.

 

Saya begitu bersemangat untuk mendengar setiap curahan maklumat dari pembentangan - pembentangan tersebut,sudah lama saya menanti peluang sebegini hadir menjelma.Dialog ini dihadiri oleh peserta  yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama,jadi ianya dikendalikan dalam bahasa English,Walaupun ia membicarakan isu agama yang dikategorikan ‘sensitive’ oleh kebanyakkan orang di Malaysia,namun Alhamdulillah ia dapat dilaksanakan  dengan begitu harmoni ,terbuka dan matang.

Mr Rajagopal

Beliau membuka tirai pembentangan dengan menceritakan konsep ketuhanan di dalam agama Hindu,antara yang menarik perhatian saya ialah,beliau berulang kali menegaskan bahawa kepercayaan agama Hindu ialah tuhan itu SATU.Namun kemudian beliau menambah tuhan wujud dalam setiap makhluk,”God is in every human being,So we worship everything as a God”, Jadi mereka menganggap segala makhluk sebagai tuhan dan menyembahnya. Disamping itu,beliau juga ada memaklumkan para hadirin bahawa hindu ialah agama yang tertua  dan ia adalah agama kebebasan,Religion of freedom.

Veda adalah Kitab rujukan utama mereka,Veda pula ada empat jenis, iaitu Rig Veda,Sama Veda,Yajur Veda dan Atharva Veda.Keempat-empat kitab itu berfungsi untuk tujuan yang berbeza.

Beliau juga memaklumkan bahawa penyembahan berhala dan lain-lain adalah satu bentuk perantaraan. Didalam Slides beliau, disertakan juga  beberapa klip video yang menceritakan tugas dewa-dewa dan memaparkan imej dewa-dewa  di dalama agama Hindu.

 

Fatrher Eugine Benedict

Pederi kristian yang ceria ini memulakan pembentanganya dengan menjelaskan bahawa konsep ketuhanan di dalam agama Kristian ialah satu misteri yang diwahyukan Mystery Revieled dan untuk memahaminya,ia memerlukan pengalaman rohani.

Beliau menegaskan bahawa Tuhan adalah misteri,God is mystery, yang mana ia adalah misteri untuk kita memahaminya. Beliau juga sertakan beberapa dalil dari Kitab Bible; “Tetapi kuasa Allah bergerak diatas air.. “,(Genesis 1:1) &  Allah berfirman “Sekarang kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti kita dan menyerupai kita”(Genesis 1:26)

Yang saya agak bingung disini ialah terjemahan Kitab Bible,di dalam bahasa inggeris Tuhan disebut sebagai God,tetapi di dalam Bible versi bahasa Melayu,God diterjemahkan sebagai Allah. Saya tertanya-tanya mengapa God tidak diterjemahkan sebagai Tuhan? bukankan terjemahan God ialah Tuhan didalam bahasa melayu?

Kalaupun mereka berhujah bahawa  mereka sengaja menggunakan bahasa arab khusus untuk menterjemahkan perkataan God ,begitupun Allah bukanlah perkataan yang sepatutnya,kerana tuhan didalam bahasa arab ialah Ilah.Jadi apa sebenarnya tujuan God diterjemahkan sebagai Allah?

Apapun, saya merasakan penggunaan perkataan Allah itu  tidaklah menjadi masalah besar bagi mereka yang jelas tentang Aqidah Islamiyyah yang sebenar ,tetapi ia tetap berpotensi untuk mengelirukan orang yang masih kabur Aqidah Islamiyyah mereka, kerana ia tidak digunakan pada konteks yang betul.

Sebahgian besar pembentangan Paderi ini sukar untuk saya memahaminya,apa lagi menulisnya disini, barangkali konsep ketuhanan dalam agama kristian terlalu ‘misteri’ untuk difahami oleh manusia seperti saya.

 

Michael Kok

“Buddha ini terbahagi kepada ribuan aliran.Seorang ilmuan British mengatakan buddhisme sukar diceritakan ibarat sukarnya menceritakan tentang London,bayangkan bertapa besarnya London” Itulah Intro yang diberikan oleh tokoh Buddha ini untuk membuka  pembentanganya.

Seterusnya beliau menyambung “Buddha bukanlah agama,tetapi ia adalah falsafah,bagaimanapun ia bukan sahaja falsafah,tetapi ia juga adalah agama”

Tercengang seketika memikirkan kenyataanya…

Banyak lagi yang diperkatakan tentang agama Buddha,kebanyakkanya berbentuk nilai positif dan falsafah,secara peribadi saya mendapati konsep ketuhanan didalam agama Buddha tidak dijelaskan.

Yang saya tertarik ialah,di dalam agama Buddha ada satu prinsip yang dinamakan 10 Words In Life Of Buddhisme, Teringat saya kepada 10 Muassafat Tarbiyyah yang biasa diceritakan oleh teman-teman yang berUsrah.

10 Words In Life Of Buddhisme:

1.Hell  2. Hunger  3. Animality  4. Anger  5.Humanity  6.Learning 7.Heaven 8.Realization 9.Budhisahva 10.Buddhahood

Antara prinsip-prinsip lain yang digariskan di dalam agama Buddha ialah menghormati orang lain,mengasihi orang lain dan banyak lagi, kesemua mengarah kepada kebaikkan dan nilai murni.

 

Mr Shah Kirit

Mr Shah memulakan slotnya dengan memberi definisi bagi perkataan ISLAM. Beliau menerangkan bahawa  Islam berasal dari kata dasar salam yang membawa erti keamanan,keharmonian,ketenangan dan yang semakna denganya.

“Muslim pula membawa makna mereka yang beriman dan menyembah Tuhan yang Maha Esa,Tuhan yang mencipta alam semesta.Seorang Muslim menyerah diri kepada Tuhan sepenuh masa,bukan separuh masa”. Tajam ayat perlinya itu menusuk kalbu.

Allah Azza wa Jalla adalah perkara yang tinggi dan diberi keutamaan dalam kehidupan setiap Muslim. Islam juga bukanlah agama yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdillah Sallallahu alaihi wa sallam dan bukan juga bermula 1400 tahun dahulu, tetapi ia bermula lama sebelum itu lagi.Fakta ini berdalilkan    (al-Baqarah 2:136).

Konsep ketuhanan (AQIDAH) di dalam Islam dijelaskan dengan menghuraikan makna Surah Al-Ikhlas ayat 1-4

Tujuan manusia dan jin diciptakan pula hanyalah semata-mata untuk menyembahNya.(az-Zariyat 51:56)

Manusia pula dilantik sebagai khalifah dimuka bumi ini untuk menguruskanya(al-Baqarah 2:30)

Beliau juga telah melontarkan dua prinsip penting di dalam beragama.

”Worship the creator, not his creation”

“Worship God as he tells us to worship”

Kemudian beliau  menceritakan tentang beberapa ciri dan kehebatan Allah berdasarkan kepada beberapa dalil dari Al-Quran yang mulia.

(al-Baqarah 2: 255)

(al-Baqarah 2: 186)

(al-Naml 27:60)

(al-Isra’ 17:110)

(Qaf 50:16)

Sesi pembentanganya diakhiri dengan surah (an-Nisa’ 4:116) yang menegaskan bahawa dosa yang paling besar di dalam Islam ialah Syirik.Dosa-dosa lain ada harapan untuk diampunkan oleh Allah Taala,tetapi pembuat ataupun pelaku dosa  syirik ini tidak akan diampunkan dosanya jika dia mati dalam keadaan syirik itu.

 

Question & Answer Sesion

Sesi ini berjalan lebih kurang 1 jam 40 minit,dalam tempoh ini lebih dari 20 soalan telah dilontarkan oleh para peserta kepada wakil-wakil agama tersebut. Hendak dijadikan cerita, saya turut beratur di dalam barisan menunggu giliran untuk melontarkan soalan,lebih dari 30 minit saya berdiri di dalam barisan, menunggu giliran dengan penuh harapan dan kesabaran. Namun,tepat tiba pada giliran saya.Sesi soal jawab ini diberhentikan kerana masa yang diperuntukan telah tamat.ARGHH!! itulah reaksi spontan saya sebelum berjalan kembali ke tempat duduk.

Pasti ada hikmah yang besar,Insyallah.

 

Sesi Penutup Dialog Antara Agama

Setiap Speaker diberi 5 minit untuk membuat ulasan penggulungan,keempat-empat tokoh agama tersebut mengambil pendekatan harmoni dan bersetuju untuk saling berkerjasa.Mereka juga bersikap  terbuka untuk terus berbincang diatas topik ini di masa-masa yang akan datang.Majlis ditutup dengan majlis penyerahan cenderamata kepada semua Tokoh agama tersebut.

 

Dare to Ask About Islam

Walaupun program dialog antara agama telahpun berakhir,namun pihak penganjur telah mengaturkan satu lagi program khas yang dinamakan Mr Shah Kirit: Dare to Ask About Islam.Program ini diaturkan khas  untuk Non-Muslim bertanyakan apa-apa soalan yang berkaitan dengan Islam.Ini bertujuan untuk menjernihkan salah faham mereka terhadap Islam.Yang sangat mengejutkan ialah dalam angka ratusan orang yang hadir untuk sesi selepas solat zohor ini,di dapati hanya dua orang Non-muslimin hadir mengambil bahagian.

Namun begitu keutamaan diberikan kepada dua orang yang beragama Hindu itu. Meraka berdua diraikan sebagai tetamu yang sangat disayangi dan dihormati.Mereka berdua telah melontarkan soalan-soalan yang sangat bernas dan mencabar.Namun sangat mengkagumkan melihat Mr Shah Kirit menjawab setiap soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang hebat. Setiap jawapanya punya daya intelektual yang tinggi,analogi dan logik akal yang dikemukakan telah membuka fikiran para peserta dengan kesempurnaan agama ISLAM. Malah  ianya disampaikan dalam  Mood yang santai.Lawak memanjang.

Setelah kedua –dua peserta Non-muslim ini di beri keutamaan,peluang bertanya dibuka kepada para peserta Muslim. Tetapi syaratnya ialah,soalan tersebut ialah soalan-soalan yang biasa ditanyakan oleh Non-Muslim kepada Muslim.

Alhamdulillah,kali ni saya berpeluang melontarkan soalan kepada  tokoh hebat ini. Setelah hampir 2 jam soalan dibalas jawapan, sesi ini berakhir. Para peserta dipersialakan untuk bersurai pada jam 5 petang,begitu sedih hati ini keluar meninggalkan dewan program tersebut.

Saya berharap agar program-program seperti ini akan terus diadakan,kerana Negara kita telah lebih 50 tahun merdeka,namun orang bukan islam masih lagi kabur tentang kemurnian agama Islam, sedangkan negara kita So Called ‘Negara Islam’. Saya juga mendoakan agar Mr Shah Kirit terus diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk berada dijalan da’wah yang mulia ini.Itulah sedikit coretan pengalaman saya menyertai program Inter Faith Dialogue IIUM 09. Agar ia member manfaat kepada saya dan teman-teman,Insyallah.

 

Azlan Shah Nabees Khan

4.30 ptg, 5 Mac 2009

Kolej Antarabangsa IKIP 5,Kuantan

Wallahu ‘alam

                                                                                                                  

6 comments:

+akufobia+ said...

nta jadi anak buah shah kirit la pula.ngee.

YamaShita KaiTo said...

Haha~ nta memang hebat r syeikh~

hmm...best uh program cm nie...bile r nak wat kt UTM laks???

+akufobia+ said...

nta buat kan la program tu kat utm.ngee.

Nik Sharolbahri Bin Nik Rani said...

salam takzim dan ziarah.................

UMMU HAFSIN said...

salam. wahh! brother shah kirit!! aritu ana gi IIS ngn member ana utk dgr talk dy (fcr phase 1) n 2nd tyme pgi jmpe best asean debater - salman. j0m ikhwah n akhawat, xrugi join fcr - friendly comparative religion. dpt taw asal usul bible, budhaa, confucius, toisme, hindu, psal athies, sikh n cmne nk patahkan hujah d0rg.

kt UTM Skudai xde lg,tp kt UTMKL mmg kt0rg ade link...markas dy(IIS) tu pun kt Setiawangsa. Sahabat2 yg dok KL boleh la join. rmai lg br0ther yg hebat2...

Abu Abdillah said...

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Alhamdulillahi rabbil alamin yang mana dengan rahmat-Nya Dia menunjukkan kebenaran dalam agama-Nya Islam.
Jazakumullahu khair atas perkongsian saudara. Saya pun teringin nak dengar Ustaz Shah Kirit atau mana-mana inter-faith dialogue tapi saya duduk jauh..
Saya setuju 100% dengan saudara yang isu penggunaan perkataan Allah bukanlah isu besar, seperti yang dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak yang dakwahnya tak ke mana, tatbiqnya pun entah ke mana..
Penggunaan ini sebenarnya kerana Bible atau Injil atau Taurat pada asalnya bukanlah berbahasa Inggeris atau Melayu, tetapi Ibrani atau Hebrew. Dalam Injil dan Taurat bahasa Arab sejak zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasalllam masih dikekalkan penggunaan kalimah Allah walaupun selepas 'pindaan-pindaan berkala' Kristian ni.
Kalimah Ilah dalam bahasa Arab bermaksud sembahan, manakala Rabb pula tuan pemilik atau Tuhan Pencipta+Pentadbir. Kalimah Allah pula bermaksud Tuhan yang diketahui ramai (makruf makrifah). Bahasa Melayu juga tidak mempunyai terjemahan perkataan Allah, sepertimana English.
Allah jalla wa ala sendiri masih mengekalkan perkataan Allah dalam menceritakan perihal Yahudi Nasrani. Antaranya Allah berkata:
"Mereka berkata tangan Allah terbelenggu.."
"Orang-Orang Yahudi berkata Uzair itu anak Allah, dan orang-orang Masihi berkata al-Masih anak Allah.."
"dan jika kamu tanya mereka siapa yang mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah.."
iktikad Yahudi dan Nasrani mengenai zat Allah adalah salah, akan tetapi Allah membenarkan mereka menggunakan nama-Nya yang Maha Tinggi.
manakala dalam Hadith juga Nabi sallallahu alaihi wa alihi wasallam menggunakan kalimah Allah untuk berdialog dengan Kuffar, sekali pun aqidah mereka adalah salah.
Semoga Allah menjaga saudara (dan jika boleh jadilah anak murid Ustaz Shah Kirit..) dan menjaga Ustaz Shah Kirit dalam meneruskan dakwah agama-Nya yang benar..
Jazakumullahu khair, dan maaf kerana terpanjang.
Wassalmu'alaikum.