Saturday, 28 March 2009

Jom Cuba!


Seringkali kita terbaca dan dikhabarkan dengan kisah-kisah manusia yang luar biasa keperibadian mereka. Samada dari sudut kehebatan personaliti mahupun kecerdasan mereka di dalam menjana idea memperbaharui paradigma pemikiran manusia. Antara yang paling mengkagumkan di dalam genre ini ialah coretan kisah-kisah kehebatan tokoh-tokoh ilmuan Islam, samada mereka itu tokoh ilmuan zaman silam mahupun zaman sekarang. Sebagai seorang penuntut ilmu, sering terlintas di dalam fikiran kita keinginan dan hasrat meneladani keperibadian mereka.

Antara personaliti yang amat dikenali dan dikagumi kehebatan mereka selepas daripada zaman As-salaf as-soleh ialah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Imam Abu A’la Al-Maududi, Maulana Zakaria Al-Kandahlawi, Imam Hassan Al-Banna dan ramai lagi.

Namun begitu yang menjadi cabaran utamanya ialah pada keperitan yang perlu kita alami dalam usaha ‘cuba’ mempraktikkan fomula yang telah mereka gunakan. Ini kerana, apabila kita mula merungkai satu per satu perkara yang mendokong kehebatan mereka ,pastinya kita akan temui disiplin-disiplin hidup yang luar biasa kualitinya.

Kali ini saya hanya memilih untuk membicarakan satu daripada lambakkan disiplin-disiplin kehidupan yang dilazimi oleh ulama’-ulama’ ini. Disiplin yang saya maksudkan ialah istiqamah dalam berQIAMULLAIL (bangun malam). Yang mana bagi kita jika dapat dilaksanakan, maka ianya menjadi satu perkara yang menabjubkan, namun bagi insan-insan yang bergelar tokoh ini, ianya adalah satu rutin yang dilazimi dalam membina kekuatan akal dan kerohanian mereka.

Barangkali kita juga sedang berusaha gigih untuk melazimi ibadah qiamullail ini,namun seringkali ditewaskan oleh syaitan dan nafsu tidur (bukan fitrah tidur). Pada mulanya saya juga bingung mengapa ianya begitu sukar untuk dipraktikkan sehinggalah baru-baru ini saya ketemukan jawapanya. Kelemahan diri sendirilah punca sebenarnya.


Keperibadian Unggul

Rupa-rupanya bukan semudah itu untuk tergolong di dalam golongan yang dapat menikmati kelazatan berqiamullail, ini kerana daripada pengamatan saya, saya mendapati sebahagian besar masalahnya berpunca daripada gaya hidup seharian kita, jadi perlulah ianya diperbaharui kepada gaya hidup yang menepati kreteria seorang muslim seperti yang diajarkan oleh Al-quraan dan As-sunnah. Jadi ingin saya kongsikan sedikit sebanyak kretia yang perlu dipenuhi kearah usaha menikmati kelazatan berqiamullail..

Ikhlaskan Niat

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNYA,lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.

(Al-Bayyinah: 5)

Didalam ayat diatas, Allah memerintahkan hamba-hambanya agar ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan ini kerana ianya menjadi syarat kepada satu-satu amalan itu diterima.

Jadi kita perlulah mengikhlaskan niat di dalam usaha kita memperbanyakkan qiamullail, niat kita hendaklah untuk mencari redha Allah semata-mata, dan bukanlah pula untuk mengejar redha manusia ataupun berharap agar dipandang mulia atau digelar ‘thiqah’ oleh kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat secara amnya.

Motivasikan Diri

Fikiran dan hati kita hendaklah jelas bahawa Allah lah yang menyeru hamba-hambanya untuk berqiamullai dan di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang-orang yang berqiamullail. Mengetauhi kebaikkan-kebaikkannya adalah perlu untuk dijadikan sebagai sumber motiovasi diri.

Antara kelebihanya ialah Allah menggelar mereka yang berqiamullail ini sebagai al-mukhsinun yang berhak mendapat kebaikan dan rahmat. Ini dinyatakan didalam surah (al-zariyat 51:15-18)

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آَخِذِينَ مَا آَتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (18)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga,dengan mata air-mata air terpancar padanya.(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka.Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang membuat kebaikkan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam,untuk tidur.Dan pada akhir waktu malam (sebelum fajar) pula,mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)

(Az-Zariyat 51: 15-18)

Rasulullah juga ada menjelaskan bahawa qiamullail menjadi sebab untuk seseorang itu dimasukkan kedalam syurga.

عن أَبي يوسف عبد الله بن سلام - رضي الله عنه -، قَالَ : سَمِعْتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، يقول : (( يَا أيُّهَا النَّاسُ ، أفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأرْحَامَ ، وَصَلُّوا والنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَم )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديث حسن صحيح ))

Daripada Abdullah bin Salam:

Wahai sekalian manusia,sebarkanlah ucapan salam,berikanlah makan,jalinkan silaturrahim,bersolatlah pada waktu malam (sedang) manusia tidur,nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.(Riwayat At-Tirmizi dan katanya Hasan Sohih)

Menjauhi Dosa dan Maksiat

Seseorang yang ingin mendapat kemuliaan untuk bermunajat kepada Allah sewaktu berqiamullail, hendaklah dia menjauhi dosa-dosa dan maksiat. Samada ianya maksiat mata,telinga,lidah,tangan,kaki dan yang lain-lainya.

Kita hendaklah menahan mata kita dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh syara’, walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai susah tahap kritikal, namun kita perlu berusaha sedaya upaya . Antara yang paling ditekankan di dalam Al-Quraan ialah menundukkan pandangan antara lelaki dan perempuan, Allah berfirman didalam surah (al-Nur 30-31):

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ..

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memilihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Amat mendalam pengetahuanNYA tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..”

Jadi perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh menjauhi segala aktiviti yang membuka ruang untuk kita terjebak di dalam percampuran lelaki dan perempuan bukan muhrim yang ternyata bakal memerangkap dan merugikan mangsanya. Lagi-lagi yang matanya telah terlatih menjadi pakar di dalam aktiviti searching” ataupun lebih mudah difahami jika disebut sebagai “Usya”

Begitulah juga dengan lidah kita, amanah Allah yang berharga ini perlulah kita lindunginya daripada berkata yang sia-sia, apatah lagi menggunakanya untuk menipu, menyebarkan fitnah dan mengadu domba kerana inilah medium yang sering kali memporak-perandakan umat. Berhati-hatilah dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada orang lain, pastikan kesahihanya, ini kerana terdapat hadith yang menekankanya.

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: Cukuplah dengan seseorang itu (digelar) penipu (sekiranya) dia menceritakan apa sahaja yang didengarinya.

(Hadith riwayat al-Imam Muslim dalam Muqaddimah Sahih-nya)

Menjauhi banyak makan dan banyak minum,

Kuat makan juga salah satu masalah yang perlu diatasi segera,selain implikasinya kepada kesihatan, makan berlebihan ini juga menjauhkan kita dari menikmati keseronokkan beribadah. Kerana kuat makan ini berpunca dari diri kita dipandu oleh nafsu makan yang buas, sehingga seringkali berakhir dengan pembaziran, sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam telah berpesan di dalam sebuah hadith Riwayat At-Tirmizi,Ibn Majah,Sahih al-jami’

مَا مَلَأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنِهِ حَسْبُ ابْنَ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“Tidak seseorang anak adam itu memenuhi satu bekas yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak adam itu beberapa suap untuk mendirikan sulbinya.Sekiranya tiada jalan lain,maka jadikanlah sepertiga untuk makananya sepertiga untuk minumanya,dan sepertiga untuk nafasnya.”

Begitulah panduan yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dalam urusan makan dan minum. Semoga kita sama-sama dapat memujuk nafsu kita agar berpada-pada sewaktu menjamu selera.

Mengamalkan Qailullah

Qailullah ialah tidur sebentar sebelum zohor ataupun selepasnya, bukanya ‘terbongkang’ dua tiga jam sambil berdengkur, qaulillah ini hanya tidur untuk beberapa minit. Ini adalah untuk merehatkan tubuh badan daripada keletihan dan mengembalikan tenaga untuk meneruskan tugasan harian. Anas Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:

قيلوا فإن الشيطان لا تقيل

“Berqailullahlah kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailullah”(al-Tabarani)

Tidur mengikut Sunnah

Tidur mengikut sunnah ini sebenarnya panjang huraiannya, jadi saya hanya akan nyatakan secara ringkas, Insyallah saya akan perincikan tatacara tidur mengikut sunnah ini dalam artikel yang akan datang.

Pada asasnya , tidur mengikut sunnah ini ialah tatacara tidur yang diajarkan oleh Nabi Shallallhu ‘alaihi wasalam yang mana pastinya ia adalah tatacara terbaik, termasuklah amalan sebelum tidur, cara tidur dan amalan selepas bangun daripada tidur. Antara yang penting sebelum tidur ialah ialah, berwudu’, berzikir dan membaca doa. Cara tidur yang diajarkan Rasulullah Shalallhu ‘alaihi wasalam pula ialah berbaring diatas lambung kanan. Padanya terdapat hikmah yang besar yang mana akan saya perincikan dalam artikel akan datang Insyallah, Disana juga terdapat banyak doa-doa dan zikir-zikir yang istimewa berkaitan tidur bersumberkan Al-quran dan As-sunnah.

Jadi itulah antara perkara-perkara yang perlu kita usahakan sebelum dapat mengecapi nikmat berqiamullail, proses perubahan ini perlu dibayar dengan pengorbanan dan ketabahan, ianya tidak boleh dicapai hanya dalam masa satu malam atau dalam masa sehari dua, sungguh ia akan memakan masa yang lama, ditambah pula dengan ujian dan godaan hebat syaitan-syaitan yang licik. Pastinya ia akan sangat meletihkan, namun demi menggapai redha Allah,bersabarlah,kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Ayuh kita gigihkan diri untuk menundukkan nafsu diri sendiri ..

Azlan Shah Nabees Khan

Ahad,29 Mac 2009,3.25 pagi

Kolej Antarabangsa IkIP 5

4 comments:

+akufobia+ said...

hu.nak qiam memang susah.tapi bila da dapat jadikan qiam sebagai amalan lazim memang masyuk la kan.huhu.time tu da rasa best sangatsangat.suka.ngee.nak jadi orang yang terpilih untuk bangun pagipagi buta bukan senang.kena kuat+kena sabar+kena macammacam lagi.kenapa kena semua tu?sebab nak jadi hebat kan.so kena la buat semuasemua tu.hu.mengeluh.kadangkadang memang macam tu.tapi DIA tak jadikan orangorang hebat tu dengan senangsenang.perlu ada pengorbanan.korbankan kelazatan duniaqi yang sementara tu.yang orangorang yang cintakan dunia tu tak nak tinggalkan.sayang nak tinggalkan.ngee.nak berjaya jadi orang terpilih bukan senang.kena ada disiplindisiplin dia.ada disiplin baru la boleh jadi orang terpilih.bila da terpilih baru la boleh jadi orang hebat pula.hu.doakan semua jadi kuat untuk jadi hebat.(selalu gak terbangun malam tapi lepas tu buatbuat tidur balik.bila da bangun pagi baru menyesal tadi tak qiam.ngee.)hu.jangan makan banyak tapi nta bubuh gambar burger yang mengiurkan.tinggi pula tu.dees.memang nak kena la kan.dees.tapi memang macam tu la kan.nak buat benda baik memang banyak ujian.haih.ya rabbi.tebalkan kesabaran kamikami+kami setebal mana yang boleh supaya kami kuat menghadapai ujianujian dariMU.

azlanshah said...

Salam...fuh power r komen akufobia..realistik..
Benda-Benda yang perlu pengorbanan dan kesungguhan luar biasa ni susah pada permulaan shj sbnrnye..tapi tak tau lah tempoh permulaan tu berapa lama..semoga kita dipilih Allah untuk diberikan kekuatan menongkah arus nafsu..

+akufobia+ said...

power kamu.isi kamu lagi power.ngee.nak kena sepak?tak nak kan?haha.da.duduk diamdiam.jadi soleh.kiki.cepatkan+permudakan ujianujian merekamereka yang baru nak jadi pungguk yang rindukan rabbinya.ngee.

YamaShita KaiTo said...

Pekh~ tertarik ngan burger besar gile babeng tuh...hoho~

lapaaaaar~